Make your own free website on Tripod.com

PERANGINAN RIMBA TAQWA

Sik, Kedah Darul Aman

 
MENU PERANGINAN RIMBA TAQWA FOTO GALERI
Pengenalan

Profil Syarikat

Carta Organisasi

Pantai Merdeka Resort

Peranginan Rimba Taqwa

Menu Utama

Home


Semarak Lagenda Sdn. Bhd. telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Peranginan Rimba Taqwa oleh Majlis Daerah Sik bermula 2003 yang lalu. Sejak itu Samarak Lagenda Sdn. Bhd. telah berusaha gigih dalam menguruskan serta menjaga peranginan ini secara sistematik agar ianya dapat dinikmati oleh semua pengunjung dengan penuh keselesaan.

Antara objektif yang telah digariskan ialah;

1) Untuk membangunkan pusat rekreasi ini bagi kemudahan semua pengunjung termasuklah untuk dimanfaatkan oleh golongan belia, remaja dan juga pelajar bagi menjalankan aktiviti yang berbentuk khidmat sosial, program riadah, kem-kem motivasi, kursus-kursus kesedaran dan sebagainya.

2) Untuk menjadikan peranginan ini sebagai sebuah peranginan yang terkemuka sejajar dengan perkembangan industri pelancongan negara yang pesat khususnya menyumbang kepada program "cuti-cuti Malaysia"

3) Menjadikan peranginan ini bertaraf peranginan terkemuka serta menepati citarasa pelanggan dari segi kualiti perkhidmatan, tempat perkelahan dan sebagainya.  

pejabat.jpg (19581 bytes)
Pejabat pentadbiran Peranginan Rimba Taqwa

orangramai.jpg (27745 bytes)
Pengunjung menikmati air sungai 

 

@Copyright by Anwar Hj Zakaria 10 September 2004